Sunday, February 20, 2011

God's Special Child

 

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah/2011 Masihi

 

Larian Perdana Mahkota 2011

 

RPT Bahasa Inggeris KSSR-PK

 

Akta Pendidikan 1996

 

Peruntukan masa KSSR PK

 

Surat Pekeliling Ikhtisas KSSR PK

 

Teachers

 

Pelaksanaan Badan Beruniform Pendidikan Khas Negeri Johor

r

Sunday, February 6, 2011

Pendidikan Khas

PENDIDIKAN KHAS
 
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“ ..... Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkah laku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.”
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

APA DIA KANAK-KANAK KHAS ?

 “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa ".
Chua Tee Tee, 1981

APA DIA PENDIDIKAN KHAS?

Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:
  • Sekolah Khas
  • Progam Pendidikan Khas Integrasi (Pengasingan/Inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional Sekolah Khas/Integrasi(Teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang ke Blog PPKI (Bermasalah Pembelajaran) SK Senggarang!


Blog ini merupakan alternatif yang diwujudkan untuk menyalurkan maklumat terkini tentang Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Senggarang sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat semasa. Di samping itu, blog ini juga turut memuatkan info dan maklumat lain berkaitan pendidikan khas dari semasa ke semasa. Sebarang komen yang membina bagi mempertingkatkan mutu blog ini amatlah dialu-alukan. Terima kasih kerana berkunjung!